San Diego Studio dan PlayStation Studios hari ini mengumumkan yang MLB the Show 21 iaitu permainan simulasi sukan besbol akan dikeluarkan pada 20 April 2021 dan menariknya selain PlayStation 4 dan PlayStation 5, ia juga akan dikeluarkan untuk keluarga konsol Xbox One dan Xbox Series.

Ini adalah pertama kali judul permainan ini dikeluarkan selain daripada konsol PlayStation sejak ia dikeluarkan pertama kali pada tahun 2006. Perkara ini adalah seperti mana yang diumumkan oleh mereka sebelum ini semasa menanda tangani perjanjian baharu bersama dengan Major League Baseball.

Selain dikeluarkan untuk konsol Microsoft, mereka juga mengatakan yang permainan ini akan menyokong fungsi rentas platform membolehkan pemain daripada mana-mana platform untuk main bersama. Satu perkara yang mengecewakan adalah ia tidak menyertakan naik taraf percuma untuk versi PS4 ke PS5 ataupun Xbox One ke Xbox Series.

Sebaliknya kedua-dua versi tersebut akan dijual secara berasingan, di mana versi PS4 dan Xbox One ditawarkan dengan harga RM249 manakala versi PS5 dan Xbox Series ditawarkan dengan harga RM299. Pra-tempah dibuka bermula sekarang.

Sohor Kini