Nintendo hari ini telah berkongsi prestasi kewangan mereka bagi suku ketiga untuk tahun fiskal 2020-2021 iaitu bermula bulan Oktober sehingga Disember 2020.

Di dalam tempoh tersebut, mereka mengumumkan yang konsol Switch telah terjual sebanyak 11.57 juta unit yang menjadikan jualan keseluruhan konsol tersebut setakat Disember 2020 adalah 79.87 juta unit. Ini menjadikan yang jualan Switch kini mengatasi Nintendo 3DS yang terjual sebanyak 75.94 juta unit. Pada suku lepas, Switch mengatasi rekod untuk Nintendo Entertainment System.

Jumlah tersebut juga merupakan rekod bagi jumlah jualan untuk suku ketiga iaitu peningkatan sebanyak 7% berbanding suku yang sama pada tahun lepas. Bagi pecahan mengikut versi konsol pula, 73% adalah untuk Switch biasa dan selebihnya untuk Switch Lite.

Bagi jumlah jualan permainan pula, Mario Kart 8 Deluxe terus berada di tempat pertama dengan jumlah jualan 33.41 juta unit di mana permainan tersebut terjual sebanyak 4.42 juta unit pada suku ketiga ini. Animal Crossing: New Horizons juga terus kekal di tempat kedua dengan 31.18 juta unit dan terjual sebanyak 5.14 juta unit pada 3 bulan lepas.

Sohor Kini