Lanjutan daripada pengumuman mereka sebelum ini mengenai mereka telah menyekat Akmal Afi Uzair (Silo) daripada menyertai mana-mana kejohanan Mobile Legends dan organisasi esukan, mereka telah membuat pengumuman lanjut mengenainya.
Melalui kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Red Esports, tampaknya kes ini melibatkan slot jemputan untuk ke MPL Musim Ke-7. Menurut Red Esports, satu slot jemputan telah diberikan kepada satu organisasi yang dikatakan mewakili pasukan Bella Ciao, iaitu nama yang digunakan oleh Red Reborn semasa musim ke-6.
Red Esports mengatakan yang slot tersebut sepatutnya diberikan kepada mereka kerana pemain-pemain Bella Ciao merupakan pemain di bawah kontrak bersama mereka. Manakala organisasi mendapat jemputan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mereka.
Moonton tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, tetapi berdasarkan perbincangan di antara mereka dengan Red Esports, Moonton telah meminta Red Esports untuk mendapat kebenaran daripada organisasi yang mewakili pasukan Bella Ciao untuk mendapat slot jemputan tersebut. Menurut Red Esports, Moonton telah menganggap yang Red Esports sebagai penaja sahaja untuk pasukan Bella Ciao berbanding organisasi yang mewakili mereka.
Menurut laporan terbaru oleh WTM Today, Moonton sedang menyiasat perkara ini serta sedang berbincang dengan pihak Red dan Reborn. Mereka akan melakukan pengumuman lanjut kemudian.
Red Esporst juga mengatakan yang, masalah tersebut timbul akibat salah seorang pemain mereka, walaupun melalui kenyataan baharu ini mereka tidak menyatakan secara terus, akan tetapi kami boleh menganggap, pemain tersebut adalah Silo berdasarkan pengumuman mereka sebelum ini.