Brilliant Game Studios telah menawarkan permainan sandbox Ultimate Epic Battle Simulator secara percuma sehingga 2 Februari ini di Steam. Ia adalah permainan di mana pemain boleh melakukan simulasi untuk pelbagai jenis pertempuran.

Anda boleh muat turun melalui pautan ini.

Anda boleh memilih pelbagai jenis tentera untuk digunakan antaranya adalah Roman Centurions, Medieval, Knights, Orcs dan juga ayam. Mereka sebelum ini juga telah mengumumkan permainan susulan untuknya iaitu Ultimate Epic Battle Simulator 2 yang menyasarkan pertempuran untuk jutaan watak.

Sohor Kini