Steam telah mengumumkan Steam Game Festival untuk pertama kali pada tahun ini iaitu Steam Game Festival: Edisi Februari 2021, ia akan bermula pada 3 Februari sehingga 9 Februari 2021.

Seperti Steam Game Festival sebelum ini, kali ini ia juga akan menyertakan demo percuma untuk pelbagai permainan termasuk juga permainan yang masih tidak dilancarkan lagi. Senarai penuh untuknya masih tidak dikongsi akan tetapi diumumkan akan mempunyai lebih 500 permainan.

Selain itu, Steam juga akan melakukan penstriman untuk memperlihatkan demo-demo terpilih dan juga temubual bersama dengan pembangun sendiri. Anda boleh layari laman rasmi Steam Game Festival untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini