Glitchpunk, Permainan Cyberpunk Dengan Gaya GTA 2 Akan Tiba Tahun Ini

Dark Lord dan Daedalic Entertainment minggu ini mengumumkan yang mereka akan melancarkan Glitchpunk iaitu permainan cyberpunk yang menggunakan gaya seperti Grand Theft Auto 2 iaitu dari sudut pandangan dari atas.

Di dalam permainan ini anda akan menjadi android yang mempunyai nilai sendiri dan cuba melawan kerajaan dan juga “megacorp”. Ia juga akan menyertakan penceritaan yang mendalam dan mempunyai beberapa pengakhiran berbeza.

Mereka menyasarkan untuk membawa Glitchpunk secara akses awal melalui Steam pada tahun ini. Demo untuknya boleh dicuba semasa Steam Games Festival iaitu bermula pada 3 Februari sehingga 9 Februari.

Sohor Kini