Atari mengumumkan kerjasama bersama Aardman untuk membawa kandungan berdasarkan siri animasi popular Shaun the Sheep ke permainan mudah alih mereka RollerCoaster Tycoon Touch sebagai kemaskini kandungan.
Melalui kerjasama ini, permainan tersebut akan menerima 15 rides dan tarikan yang mengambil inspirasi daripada dunia Shaun the Sheep. Antaranyua adalah Twoer of Sheep, Lu-La’s Helter Skelter, Shaun the Sheep Pizzeria dan Shaun the Sheep Farmhouse Coaster. Rides dan tarikan ini boleh didapati melalui kedai di dalam permainan atau dengan menyelesaikan cabaran tertentu.
RollerCoaster Tycoon Touch sudah dilancarkan sejak tahun 2017 lagi uintuk iOS dan Android. Setakat ini, ia telah menerima 30 juta muat turun.