Journey to the Savage Planet Kini Dilancarkan Di Steam, Diskaun 40%

505 Games minggu ini telah menawarkan permainan Journey to the Savage Planet mereka di Steam selepas setahun dikeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store. Bersempena dengannya, mereka telah menawarkan permainan tersebut dengan potongan 40% iaitu RM30.60 anda juga boleh dapatkan Edisi Deluxe yang menyertakan penambahan Hot Garbage.

Di dalam permainan ini, pemain perlu mengembara di satu planet ARY-26 untuk memastikan yang planet tersebut adalah sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Pemain akan menjumpai pelbagai flora dan fauna. Ia juga boleh dimainkan secara koperasi sehingga 2 pemain.

Journey to the Savage Planet dibangunkan oleh Typhoon Studio yang pada akhir tahun 2019 telah menyertai Stadia Games and Entertainment. Ia juga telah dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan Switch.

Sohor Kini