Ubisoft telah mengumumkan yang permainan battle royale mereka Hyper Scape telah menerima fungsi rentas platform untuk Xbox, PlayStation dan juga PC. Selain itu ia juga akan menerima mod masa terhad Takeshi’s Team Deathmatch dan barangan kosmetik baharu.
Takeshi’s Team Deathmatch akan bermula pada 28 Januari sehingga 9 Februari 2021. Pemain boleh mendapat pelbagai ganjaran dengan bermain sejumlah perlawanan untuk mod ini, iaitu;
- Main 5 Perlawanan: Hiasan senjata “City Pop Ripper”
- Menang 1 Perlawanan: Kostum “Takeshi City Pop”
- Menang 10 Perlawanan: Emote “B-Boy”
Selain itu mereka juga mengumumkan pelbagai penambah-baikkan untuk mod permainan lain, antaranya;
- Crown Rush Squad dan Crown Rush Solo kini menyertakan 60 pemain pada satu perlawanan dengan Zone Closing serta Decay akan diubah masa berdasarkan jumlah baharu ini.
- Team Deathmatch kini pemain akan hadir dengan satu senjata dan satu Hack, barangan di bawa secara rawak.
- Pemain juga kini akan mendapat jangka masa untuk menunggu di lobi dan mod latihan kini boleh dilakukan secara skuad.
Hyper Scape sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.