Seperti perancangan kandungan tambahan mereka sebelum ini, Ubisoft hari ini telah melancarkan kandungan pasca-pelancaran pertama untuk Immortals Fenyx Rising iaitu A New God yang boleh didapati untuk semua platform permainan ini dikeluarkan.
Di dalam DLC ini, pemain perlu melalui Trials of the Olympians untuk mendapat tempat di Greek Pantheon. Ia juga membolehkan pemain memasuki Olympus Palace serta mekanik permainan baharu. Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan kosmetik baharu.
Anda boleh dapatkan penambahan ini secara sendiri dengan harga RM45 ataupun dengan membeli Pas Semusim yang berharga RM125. Jika anda masih tidak memiliki permainan ini, mereka juga menawarkan demo percuma untuknya.
Immortals Fenyx Rising sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Immortals Fenyx Rising – Permainan Dunia Terbuka Terbaik Oleh Ubisoft Sejak Black Flag.