Epic Games telah berkongsi prestasi untuk Epic Games Store sepanjang tahun 2020, dan ia memperlihatkan peningkatan yang sangat baik. Pertamanya, ia kini mempunyai 160 juta akaun pengguna, dan pengguna aktif meningkat sebanyak 192% iaitu 31.3 juta pemain dengan rekod 13 juta pemain aktif pada satu masa.

Peningkatan jumlah pemain ini juga telah membawa kepada peningkatan jumlah pembelian di Epic Games Store. Secara keseluruhan sepanjang tahun 2020, mereka mencatan $700 juta (~RM2.8 bilion) dan 37% atau $265 juta (~RM1 bilion) adalah untuk pembelian permainan pihak ketiga. Selebihnya mungkin pendapatan untuk Fortnite.

Bagi tawaran permainan percuma mingguan, sepanjang tahun 2020, mereka juga menawarkan 103 permainan yang secara keseluruhan bernilai lebih $2 ribu berdasarkan harga di Amerika Syarikat. Permainan-permainan tersebut telah ditebus sebanyak 749 juta kali. Seperti diumumkan sebelum ini, mereka akan meneruskan tawaran permainan percuma sepanjang tahun 2021.

Bagi tahun 2021 pula, berikut adalah antara fungsi yang akan disertakan di Epic Games Store, penambah-baikkan untuk fungsi senarai hajat, sistem sosial yang lebih baik, Pencapaian, Profil Pemain dan Shopping Cart.

Sohor Kini