Returnal Ditunda Sebulan, Akan Dikeluarkan Pada Bulan April

SIE dan Housemarque hari ini mengumumkan permainan Returnal mereka yang sepatutnya dikeluarkan pada 18 Mac 2021 telah ditunda sebulan lebih dan kini akan dikeluarkan pada 30 April 2021. Mereka mengatakan yang ia adalah untuk memberi lebih masa untuk mempertingkatkan kualiti permainan.

Returnal adalah permainan seterusnya yang dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5 selepas Demon’s Soul. Seperti dikongsi sebelum ini, Returnal adalah permainan menembak yang akan meletakkan pemain di dalam gelung masa. Setiap kali pemain terbunuh, akan hidup semula pada awal permainan.

Sebelum ini, kami telah berkongsi mengenai bagaimana Returnal menggunakan sistem rawak untuk memberikan pengalaman berbeza setiap kali pemain bermain. Ia menjadikan permainan ini bagaikan tidak mempunyai penamat.

Sohor Kini