Zen Studios mengumumkan siri baharu untuk Pinball FX sedang dibangunkan. Mereka menggunakan judul tanpa nombor kerana ia dikatakan satu permulaan baharu untuk siri ini dan akan menyertakan pelbagai mod berbeza.
Antara mod yang akan disertakan adalah Pinball Royale iaitu permainan multi-pemain yang menyertakan elemen battle royale. Ia juga akan menyertakan mod Karier, mod Cabaran, dan juga sistem kumpulan. Mereka juga akan memberi fokus kepada sesi permainan secara kompetitif dan kejohanan.
Buat masa ini, ia tidak menerima sebarang tarikh pelancaran akan tetapi disasarkan akan tiba sekitar tahun ini. Ia akan tiba untuk konsol generasi baharu dan PC.
Zen Studios sebelum ini telah hadir dengan tiga permainan Pinball FX, iaitu Pinball FX 3 dikeluarkan pada tahun 2017.