Reef Entertainment dan Teyon telah mengumumkan yang mereka menunda pelancaran Terminator: Resistance Enhanced yang sepatutnya akan tiba pada 26 Mac ini, permainan tersebut kini akan dikeluarkan pada 30 April.
Pertama kali diumumkan pada akhir tahun lepas, ia adalah versi konsol generasi baharu untuk permainan yang dikeluarkan pada awal tahun lepas. Reef Entertainment menyatakan ia akan menyertakan peningkatan dari segi visual dan juga kadar kelancaran yang lebih baik, pemuatan yang lebih pantas dan juga sokongan alat kawalan DualSense.
Versi asal untuk permainan ini telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC akan tetapi versi Enhanced tampaknya diumumkan untuk PS5 sahaja buat masa ini.