Disney+ hari ini telah berkongsi treler baharu untuk siri The Mighty Ducks: Game Changer yang merupakan adaptasi untuk filem trilogi The Mighty Ducks yang tiba pada tahun 1992, 1994 dan 1996. Di dalam treler tersebut, mereka telah mengumumkan yang ia akan tiba pada 26 Mac ini.
Siri ini akan memfokuskan kepada Evan iaitu seorang kanak-kanak yang tidak dapat memasuki pasukan junior hoki ais Mighty Ducks kerana kurang berbakat. Ibu kepada Evan iaitu Alex lakonan Lauren Graham telah mencadangkan untuk mereka menubuhkan pasukan sendiri. Emilio Estevez akan kembali sebagai Gordon Bombay.
Siri ini sepatutnya bermuka produksi pada Februari 2020 tetapi tertunda sehingga Ogos 2020 kerana pandemik Covid-19. Siri ini dilaporkan akan mempunyai 10 episod.