Epic Games Store seperti biasa telah menawarkan satu permainan baharu sebagai tawaran permainan percuma mingguan mereka. Minggu ini, ia adalah Dandara: Trials of Fear yang ditawarkan bermula hari ini sehingga 5 Februari 2021.
Dandara: Trials of Fear adalah permainan metroidvania dan platform yang dibangunkan oleh Long Hat House dan diterbitkan oleh Raw Fury sejak tahun 2018 lagi. Seperkara yang menarik, ataupun tidak untuk permainan ini adalah cara bagaimana pemain bergerak.
Ia tidak menyertakan pergerakan seperti berjalan, melompat akan tetapi pemain perlu memberikan satu arah, watak akan terus warp ke tempat tersebut. Ia menarik kerana satu yang berlainan, akan tetapi ia juga mungkin tidak menarik kerana sesi permainan akan menjadi lebih perlahan.
Selepas tawaran untuk permainan ini berakhir iaitu 5 Februari ini, ia akan digantikan dengan satu permainan iaitu For the King.