Bermain permainan video di dalam kereta bukanlah satu perkara yang baharu, tetapi bermain permainan yang digerakkan menggunakan sistem pemprosesan di dalam kereta adalah satu masa depan yang saya tidak pasti saya inginkan.

Namun, Tesla bukanlah syarikat yang berhenti dan bertanya apa yang harus dilakukan, mereka akan terus melakukannya. Mereka telah mengumumkan yang model baharu untuk S dan X bakal menyertakan kuasa pemprosesan 10 Teraflop iaitu menghampiri apa yang hadir di konsol Xbox Series X dan PlayStation 5.

Walaupun ia mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menjalankan permainan-permainan utama, akan tetapi ia masih bergantung kepada permainan yang menyokong apa sahaja sistem yang digunakan oleh Tesla. Berdasarkan promosi yang dikeluarkan oleh Tesla, antara permainan yang disertakan adalah The Witcher 3: Wild Hunt, Cuphead dan Stardew Valley.

Melalui Twitter, Elon Musk mengatakan yang Cyberpunk 2077 boleh dimainkan akan tetapi tiada sebarang bukti yang ditampilkan. Tesla menyokong kawalan menggunakan stereng kereta ataupun menyambungnya kepada alat kawalan yang disokong. Ia juga mempunyai dua skrin, iaitu di depan dan belakang untuk penumpang.

Sohor Kini