Tencent sejak beberapa tahun lepas telah mula memperlihatkan kesungguhan untuk mengembangkan kawalan mereka di dalam industri permainan video. Baru-baru ini mereka sudah mendapatkan pegangan majoriti untuk Klei Entertainment iaitu pembangun Don’t Starve,
Hari ini, mereka telah membuat pelaburan sebanyak $36.3 juta (~RM146 juta) terhadap Dontnod Entertainment iaitu pembangun dari Perancis yang membangunkan permainan seperti Life is Strange, Vampyr dan Twin Mirror. Pelaburan tersebut memberikan pemilikan minoriti kepada Tencent dan juga satu wakil untuk lembaga pengarah.
Dontnod mengumumkan yang mereka cuba mendapat kapital sebanyak $48.5 juta untuk membantu mereka menerbitkan sendiri permainan-permainan yang dibangunkan oleh mereka.