Skip to main content

Red Esports melalui pengumuman di Facebook rasmi mereka telah mengatakan yang Akmal Afi Uzair atau lebih dikenali sebagai Silo telah disekat daripada menyertai mana-mana kejohanan Mobile Legends dan juga menyertai pasukan/organisasi lain bermula sekarang sehingga kontrak bersama Red Esports tamat iaitu 16 Mei 2021.

Mereka tidak menjelaskan sebab yang membawa kepada keputusan ini, akan tetapi mereka mengatakan yang Silo telah berkelakuan secara tidak profesional terhadap organisasi Red Esports yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian kepada syarikat.

Red Esports telah mengeluarkan kenyataan baharu yang berkait dengan pengumuman ini, ia adalah melibatkan slot jemputan untuk MPL Musim Ke-7.

Leave a Reply