Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Februari untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan lima permainan percuma yang boleh ditebus bermula 2 Februari sehingga 1 Mac 2021;

  • Destruction AllStars – PS5 sahaja (sehingga 5 April 2021)
  • Control: Ultimate Edition – PS5 sahaja
  • Concrete Genie
  • Bloodstained: Ritual of the Night
  • Biped

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Januari, anda masih boleh melakukannya sehingga 1 Februari 2021.

Sohor Kini