Skip to main content

IO Interactive telah berkongsi dengan Game Industry yang permainan terbaru mereka iaitu Hitman 3 telah membuat keuntungan selepas seminggu dikeluarkan dan telah memberikan mereka satu ruang yang sangat baik untuk projek seterusnya.

Hitman 3 merupakan permainan pertama yang IO Interactive terbitkan sendiri, sebelum ini mereka bekerjasama dengan Eidos Interactive, Square Enix dan Warner Bros. Mereka mengatakan yang menerbitkan sendiri permainan ini menjadikan keseluruhan pembangunan sangat efektif kerana mereka memahami mengenai permainan ini.

Permainan ini juga dikeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store di PC, yang berkemungkinan membantu untuk memberikan pendapatan tambahan kepada mereka.

Hitman 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga telah tiba untuk Switch secara penstriman.

Leave a Reply