Baru-baru ini, CD Projekt Red telah akhirnya memperkenalkan kemaskini 1.1 untuk Cyberpunk 2077 yang memperbaiki sejumlah besar isu-isu yang hadir pada permainan tersebut.

Selain daripada kemaskini tersebut, mereka juga baru memperkenalkan sokongan perisian pengubahsuaian permainan (modding tools) yang membantu mereka yang gemar mengubahsuai permainan.

CD Projekt Red memperkenalkan alat membaca metadata, ArchiveDump, sebuah perisian yang menyenaraikan asset-asset yang ada didalam permainan tersebut, dan perisian yang membantu pengubahsuai mencari pelbagai maklumat lain didalam permainan tersebut.

Modifikasi permainan Cyberpunk 2077 sudahpun bermula sebelum ini dimana peminat telah memperbaiki sejumlah isu dengan sendiri, tetapi dengan alat-alat yang dibekalkan CD Projekt Red ini, ia akan menjadi lebih mudah untuk orang ramai melakukan perubahan-perubahan ini.

Untuk memuat-turun perisian-perisian modifikasi ini, anda boleh ke laman web ini.

Sohor Kini