Garena dan ESL telah mengumumkan kembalinya kejohanan Call of Duty: Mobile Malaysia Dan Singapura untuk tahun 2021 iaitu Call of Duty: Mobile MYSG Championship. Kejohanan ini akan bermula pada 6 Februari dan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $14 ribu.

Kejohanan ini akan bermula dengan 4 pusingan Kelayakan Terbuka yang akan berlangsung pada 6 dan 9 Januari untuk pemain di Malaysia, 7 dan 10 Januari untuk pemain dari Singapura. Pendaftaran untuknya juga kini dibuka dan anda boleh lakukannya melalui pautan ini. Pendaftaran adalah percuma.

Dua pasukan terbaik untuk setiap pusingan Kelayakan Terbuka akan layak ke Stage 2 Wave #1, di mana 4 pasukan dari Malaysia dan 4 pasukan dari Singapura akan membentuk kumpulan berdasarkan negara dan akan lawan semasa sendiri. Pusingan ini akan berlangsung pada 20 hingga 21 Februari.

Empat pasukan terbaik daripada Stage 2 Wave #1 iaitu dua pasukan daripada setiap kumpulan akan layak ke Stage 2 Wave #2, dan akan membentuk kumpulan baharu, masih lagi mengikut negara, bersama dengan 4 pasukan yang dijemput khas. Pusingan ini berlangsung pada 23 hingga 24 Januari.

Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan, akan bertemu sesama sendiri di peringkat Playoff untuk merebut tempat di kejohanan akhir. Di peringkat akhir satu pasukan daripada Malaysia akan melawan satu pasukan daripada Singapura untuk mencari juara keseluruhan bagi kejohanan ini. Pusingan Playoff dan Akhir ini berlangsung pada 5 Mac.

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh layari laman Facebook Garena Call of Duty Mobile dan ESL Malaysia.

Sohor Kini