Animal Crossing Menerima Acara Festivale Bermula 28 Januari

Nintendo telah mengumumkan penambahan kandungan untuk Animal Crossing yang akan tiba bermula pada 28 Januari ini. Ia memfokuskan kepada kandungan berkait dengan sambutan Festivale yang akan dipenuhi dengan warna dan tarian.

Berikut adalah antara kandungan baharu yang akan tiba pada 28 Januari ini;

  • Festive Event – Pada 15 Februari, Dancer Pave akan tiba ke pulau dan anda boleh mencari bulu berwarna-warni untuk diberi kepada Pave dan sebagai ganjaran beliau akan menari.
  • Reaction – Terdapat pelbagai Reaction baharu yang boleh didapati. Set Viva Festival Reaction boleh dibeli melalui Nook’s Cranny untuk masa terhad.
  • Pakaian – Bermula 1 Februari, anda juga boleh membeli pakaian untuk Festivale di kedai Able Sisters yang juga akan ditawarkan buat sementara waktu.
  • Barangan khas musim juga akan ditawarkan mellaui Nook Stop ataupun Nook Shopping, di mana anda boleh membelinya bermula 1 Februari sehingga 14 Februari.

Mereka juga mengacahkan yang kemaskini seterusnya akan tiba pada bulan Mac ini dan ia akan diumumkan kemudian. Animal Crossing: New Horizons sudah dikeluarkan untuk Switch.

Sohor Kini