The Great Gatsby Akan Diadaptasi Menjadi Siri TV

The Great Gatsby adalah novel klasik yang amat popular. F. Scott Fitzgerald, adalah penulis bagi novel ini dan garis masa novel ini berlaku di zaman jaz di Long Island. Novel ini memfokuskan kepada watak Nick Carraway’s yang bertemu dengan seorang jutawan misteri Jay Gatsby. Jay mempunyai obsesi terhadap kekasih silam beliau Daisy Buchanan dan beliau ingin kembali bersama.

Novel ini telah diadaptasi menjadi filem beberapa kali seperti pada tahun 1926 lakonan Warner Baxter dan arahan Herbert Brenon, filem tahun 1946 lakonan Alan Ladd arahan Elliott Nugent, tahun 1974, 2000 dan antara yang terkini 2013 lakonan Leonardo DiCaprio. Terkini, The Great Gatsby dilaporkan akan diadaptasi semula kepada aksi nyata – tetapi dalam bentuk siri TV.

A+E Studios dan ITV Studios America bekerjasama dengan penulis Michael Hirst untuk menghasilkan siri TV ini. A+E Studio mempunyai hak novel ini sejak tahun 2000 lagi untuk filem dengan judul yang sama lakonan Paul Rudd sebagai Nick Carraway, Toby Stephens sebagai Jay Gatsby dan Mira Sorvino sebagai Daisy. Tetapi siri TV ini akan memfokuskan kepada kehidupan dalam novel ini yang tidak didedahkan lagi.

Siri TV ini dilaporkan akan memfokuskan kepad komuniti orang berkulit gelap di bandar New York pada tahun 1920-an. Ia juga akan mempunyai elemen muzikal. Buat masa ini ia masih berasa di fasa awal pembangunan dan tiada lagi platform siaran atau tarikh siaran. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan untuk informasi lanjut.

Sohor Kini