The Lord of the Rings: Gollum merupakan permainan yang dibangunkan oleh Daedalic Entertainment yang pertama kali diumumkan pada tahun 2019, manakala tahun lepas, ia sekadar menerima treler animasi dan dijangka akan tiba pada tahun ini.

Nacon hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menerbitkan permainan tersebut, selain itu mereka juga mengumumkan yang ia telah ditunda ke tahun 2022 dan akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Ia dikatakan adalah satu permainan yang memfokuskan penyelinapan dan akan mengikut penceritaan sepertimana tertulis di dalam novel The Lord of the Rings bersama dengan beberapa penambahan penceritaan tersendiri.

Sohor Kini