THQ Nordic akhirnya berkongsi tarikh pelancaran untuk permainan Biomutant, iaitu ia akan dikeluarkan pada 25 Mei 2021, untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga akan menyokong fungsi keserasian belakang untuk konsol generasi baharu.
Biomutant pertama kali diumumkan pada tahun 2017, di mana ia sepatutnya akan tiba pada tahun 2018, akan tetapi telah ditunda dan pada tahun 2020 mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut masih lagi dibangunkan dan tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian, tampaknya ia adalah pada hari ini.
Permainan ini dibangunkan oleh Experiment 101 yang menurut THQ Nordic merupakan studio pembangunan yang kecil, oleh disebabkan itu mereka mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan satu permainan.