Selepas 29 pusingan dalam jangka masa 4 hari, PUBG Mobile Global Championship Season Zero akhirnya menutup tirai dan Nova Esports iaitu pasukan dari China telah menjadi pemenang keseluruhan dengan markah 319 dan telah mendapat 4-Chicken Dinner daripada 29 pusingan. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai $700 ribu (~RM2.8 juta).

Manakala wakil tunggal dari Malaysia iaitu Team Secret telah mendapat tempat ketujuh dengan jumlah markah 226 dan mendapat 2-chicken dinner sepanjang kejohanan ini. Mereka membawa pulang hadiah $17 ribu (~RM68 ribu).

Berikut adalah kedudukan penuh bersama dengan markah serta hadiah yang dimenangi;

  1. Nova Esports – 319 markah ($700 ribu)
  2. Four Angry Men – 294 markah ($200 ribu)
  3. Zeus Esports – 292 markah ($100 ribu)
  4. Na ‘Vi – 241 markah ($40 ribu)
  5. Bigetron RA – 241 markah ($25 ribu)
  6. KoninaPower – 239 markah ($20 ribu)
  7. Team Secret – 226 markah ($17 ribu)
  8. Klas Digital Athletics – 221 markah ($15 ribu)
  9. A7 Esports – 214 markah ($12 ribu)
  10. Secret Jin – 194 markah ($11 ribu)
  11. RRQ Athena – 180 markah ($10 ribu)
  12. Futbolist – 178 markah ($10 ribu)
  13. Aerowolf Limax – 161 markah ($10 ribu)
  14. POWER888 KPS – 155 markah ($5 ribu)
  15. A1Esports – 146 markah ($5 ribu)
  16. Abrupt Slayer – 128 markah ($5 ribu)

Pemain terbaik telah dimenangi oleh Feng “Suk” Shujie dari pasukan Four Angry Men. Beliau membawa pulang $15 ribu untuk pencapaian individu tersebut.

Kejohanan ini sepatutnya berlangsung dari 21 Januari sehingga 26 Januari, akan tetapi sebelum ia bermula, 3 pemain telah disahkan positif Covid-19 yang menyebabkan kejohanan ini terpaksa berlangsung secara berasingan pada 21 Januari tetapi mengalami masalah teknikal selepas itu dan terpaksa ditunda ke 24 Januari.

Sohor Kini