Plex merupakan perkhidmatan penstriman untuk kandungan peribadi, ia membolehkan anda strim filem, siri TV ataupun muzik di mana-mana peranti secara terus daripada pelayan anda sendiri. Minggu ini, mereka mengumumkan satu lagi perkhidmatan iaitu Plex Arcade.
Melalui perkhidmatan ini, anda boleh bermain pula permainan-permainan klasik di peranti iOS, Android, Apple TV, Android TV dan juga mana-mana peranti yang menyokong pelayar Chrome. Harga langganan untuk perkhidmatan ini adalah $2.99 bagi pelanggan Plex Pass Holder dan $4.99 untuk pengguna biasa.
Berikut adalah bagaimana ia berfungsi;
Perkhidmatan ini bukanlah anda akan strim secara terus daripada pelayan Plex, sebaliknya ia adalah terus dari PC anda, oleh itu ia memerlukan kelajuan internet yang mencukupi. Tambahan, berdasarkan percubaan oleh pemain lain, proses menyertakan ROM dan pelagak sendiri sangat tidak konsisten kerana ia tidak semestinya terus boleh digunakan dan memerlukan pelbagai perubahan oleh anda sendiri.
Bagi perkhidmatan yang memerlukan pembayaran, ia mungkin tidak senang seperti diharapkan. Ia mempunyai percubaan percuma untuk 7 hari jika anda ingin mencubanya.