Antara perkara menarik mengenai Twitch adalah apabila anda menonton sesuatu strim, sesetengah penerbit permainan akan menyertakan ‘drop’ di mana jika anda menonton untuk tempoh tertentu, anda akan mendapat barangan yang berkait dengan permainan tersebut. Ia juga sering digunakan untuk penstriman kejohanan esukan.

Fungsi tersebut tampaknya akan turut tiba untuk Youtube Gaming. Ryan Wyatt iaitu Ketua Youtube Gaming telah berkongsi di Twitter yang penonton boleh menyambung akaun Call of Duty mereka dengan Youtube untuk menerima pelbagai barangan kosmetik dan juga boosts dengan menonton kejohanan Call of Duty League.

Youtube Gaming tahun lepas telah mengembangkan jenama mereka sebagai platform penstriman dengan mendapatkan PewDiePie untuk strim secara esklusif selain menjadi tempat pilihan Dr Disrespect selepas dia diharamkan di Twitch.

Selain penstriman, kandungan permainan video lain juga adalah bahagian penting untuk Youtube sendiri di mana mereka melaporkan yang sepanjang tahun 2020 ini mereka telah mencatat 100 bilion jam tontonan untuk video dan 10 bilion jam untuk penstriman langsung.

Sohor Kini