Epic Games Store sebelum ini telah menawarkan pelbagai permainan popular secara popular, antaranya adalah GTA V yang telah mengakibatkan Epic Games Store sendiri tidak dapat diakses kerana terlalu ramai cuba menebus pada satu masa.

Walaupun Star Wars: Battlefront II tidak membawa masalah yang sama, tetapi ia masih lagi boleh dikatakan sebagai satu tawaran yang sangat berjaya. EA melalui akaun Twitter telah mengumumkan yang terdapat 19 juta pemain yang menebus permainan tersebut sepanjang di ditawarkan secara percuma pada 15 hingga 22 Januari lepas.

Tawaran ini sudah semestinya akan ‘menghidupkan’ semula permainan yang sudah dikeluarkan sejak 3 tahun lepas. Jika berdasarkan GTA V sebelum ini, Rockstar mengatakan yang jualan permainan tersebut bertambah selepas ia ditawarkan secara percuma di Epic Games Store, ia mungkin akan membawa kesan yang sama kepada Battlefront II.

Star Wars Battlefront II sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini