MGM telah mengumumkan yang Misha Green akan menjadi penulis dan juga pengarah untuk filem susulan Tomb Raider. Manakala Alician Vikander disahkan akan kembali untuk membawa watak Lara Croft, menandakan ia adalah filem susulan dan bukan reboot.

Ini merupakan pertama kali Misha Green menjadi pengarah dan beliau sebelum ini banyak terlibat sebagai penulis antaranya untuk siri Lovecraft Country lakonan Jurnee Smollett dan Jonathan Majors. Beliau juga merupakan pencipta untuk siri tersebut.

Filem pertama untuk siri baharu Tomb Raider ini dikeluarkan pada tahun 2018 dan diarahkan oleh Roar Uthaug. Filem tersebut telah mengutip $274.7 juta (~RM1.1 bilion) walaupun dengan ulasan yang kurang baik.

Sohor Kini