Nexon mengumumkan yang mereka akan hadir dengan kejohanan pertama untuk KartRider Rush+ di Asia Tenggara iaitu “Race Master SEA Tournament 2021” dan sepenuhnya akan berlangsung secara dalam talian sebagai langkah berjaga-jaga untuk pandemik Covid-19. Kejohanan ini adalah terbuka untuk pemain dari negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura.
Dengan hadiah terkumpul melebihi $19 ribu, kejohanan ini akan berlangsung sehingga akhir tahun ini di mana 6 kategori akan dipertandingkan iaitu;
Kejohanan ini akan bermula dengan “Smash Attack” yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $3600, dan pasukan boleh mendaftar bermula sekarang sehingga 3 Februari 2021. Ia terhad kepada 128 pasukan pertama sahaja. Untuk pendaftaran anda boleh lakukan di pautan ini dan untuk maklumat lanjut anda boleh layari lama Facebook rasmi mereka: KartRider Rush+ .