The Pokemon Company telah mengeluarkan kenyataan dan juga amaran yang mereka akan mengharamkan pemain yang mempunyai data yang diubah daripada menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk Pokemon Sword & Shiled dan juga menggunakan perkhidmatan Pokemon Home.

Bergantung kepada setiap kes individu, mereka mungkin akan diharamkan buat sementara waktu ataupun diharamkan buat selama-lamanya. Mereka juga mengumumkan yang akan terus memerhati keadaan masalah ini dan mungkin akan menyertakan sekatan yang lebih tanpa pengumuman awal.

Pokemon Sword & Shield sudah dikeluarkan pada tahun 2019, manakala Pokemon Home adalah hab untuk pemain menyimpan data Pokemon daripada pelbagai permainan untuk siri ini, ia tiba pada tahun lepas.

Sohor Kini