Melalui laporan kewangan untuk Koei Tecmo (diterjemah oleh bk2128) permainan Hyrule Warriors: Age of Calamity telah terjual sebanyak 3.5 juta unit setakat Disember tahun lepas. Ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 500 ribu unit berbanding sebelum ini, di mana ia terjual sebanyak 3 juta unit selepas 5 hari dikeluarkan.
Seperti diumumkan sebelum ini, jumlah tersebut telah menjadikan Age of Calamity merupakan permainan “Musou” ataupun “Warriors” yang paling laris untuk pelancaran dan mungkin untuk secara keseluruhan. Terutama mereka membawa nama The Legend of Zelda.
Permainan lain yang dilaporkan adalah Atelier Ryza 2 terjual sebanyak 220 ribu unit, satu jumlah yang baik terutama buat masa ini ia hanya dilancarkan untuk pasaran Jepun dan akan tiba secara global pada bulan ini.