SuperData telah mengeluarkan laporan untuk jualan digital pada bulan Disember dan telah memperlihatkan nombor yang menarik untuk Cyberpunk 2077 dan juga Among Us.

Menurut laporan tersebut, Cyberpunk 2077 walaupun mempunyai pelbagai masalah masih lagi merupakan pelancaran terbesar secara digital bagi permainan video sepanjang zaman, SuperData mengatakan ia telah terjual sebanyak 10.2 juta unit dan 80% adalah melalui PC. Jumlah ini dikatakan juga telah mengambil kira pemain yang meminta pembayaran balik.

Selain itu, ia juga melaporkan Among Us yang baru sahaja dilancarkan di Switch pada bulan lepas telah terjual sebanyak 3.2 juta unit di platform tersebut menjadikan ia adalah jualan tertinggi bagi permainan tersebut pada bulan lepas, ia juga ditawarkan untuk PC. Manakala untuk permainan mudah alih ia ditawarkan secara percuma.

Anda boleh lihat laporan penuh dan senarai permainan dengan kutipan tertinggi secara digital di laman SuperData.

Sohor Kini