Mihoyo akhirnya berkongsi lanjut mengenai penambahan seterusnya untuk Genshin Impact yang akan tiba melalui kemaskini 1.3 yang juga merupakan kemaskini pertama bagi tahun 2021.

Seperti diumumkan sebelum ini, ia akan tiba pada 3 Februari 2021. Berikut adalah antara perkara menarik yang akan tiba;

  • Acara Musim: Lantern Rite – Pemain akan membantu penduduk Liyue di dalam persedian untuk menyambut Tahun Baharu di Liyue iaitu pada malam pertama bulan purnama. Semasa acara ini, ratusan tanglung akan diterbangkan.
  • Theater Mechanicus – Mod permainan baharu untuk Genshin Impact iaitu tower defense. Pemain akan meletakkan menara pertahanan dan akan bertempur dengan ombakan penjahat.
  • Watak Baharu – Xiao iaitu watak 5-bintang baharu akan disertakan melalui Character Banner yang akan tiba bersama dengan kemaskini ini. Dia menggunakan lembing dan mempunyai kuasa elemen Anemo. Selain itu, Keqing juga akan kembali melalui banner tersendiri tetapi pada 17 Februari.
  • Penambahan Lain – Seperti kami laporkan sebelum ini, kemaskini 1.3 ini juga akan menyertakan pelbagai penambahan untuk Genshin Impact, antaranya sokongan alat kawalan untuk iOS, pra-muat kemaskini dan juga penambahan Resin melalui BP.

Kemaskini ini akan tiba kepada semua pemain pada 3 Februari 2021. Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 (keserasian belakang), PC, iOS dan Android. Ia boleh didapati secara percuma tetapi menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini