Activision Blizzard telah mengumumkan yang Vicarious Vision iaitu pembangun untuk Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 dan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang sebelum ini berada di bawah Activision kini dipindahkan menjadi studio di bawah Blizzard.

Dengan perubahan ini, ketua Vicarious Vision Jen Oneal akan menjadi Naib Presiden Eksekutif Pembangunan untuk Blizzard dan akan melaporkan terus ke J. Allen Barack iaitu Presiden Blizzard. Ia juga akan menandakan yang Vicarious Visions akan terlibat dengan permainan oleh Blizzard sahaja selepas ini.

Perkembangan terbaru ini hadir selepas Blizzard telah membubarkan Team 1 iaitu pasukan dalaman Blizzard yang membangunkan Warcraft III: Reforged yang telah mendapat kritikan oleh pemain. Sesetengah pembangun dipindahkan ke pasukan lain, tetapi ada juga yang telah dihentikan.

Team 1 sepatutnya membangunkan Diablo II: Resurrected iaitu versi penambah-baikkan bagi permainan yang dikeluarkan pada tahun 2000 tersebut, namun selepas kegagalan Warcraft III: Reforged, pembangunan ditukar kepada pasukan yang membangunkan Diablo IV dan dibantu oleh Vicarious Vision. Kemungkinan selepas ini, Vicarious Vision akan sepenuhnya bertanggungjawab untuk Diablo II: Resurrected.

Sohor Kini