Nacon iaitu penerbit permainan dari Perancis yang juga dikenali sebagai Bigben Interactive sebelum ini, dilaporkan akan mengambil-alih Big Ant Studios iaitu pembangun untuk siri simulasi sukan tenis AO Tennis.

Pengambil-alihan ini dikatakan berharga €35 juta (~RM172 juta) dengan pembayaran permulaan €15 juta (~RM73 juta) dan selebihnya bergantung kepada prestasi kewangan Big Ant Studios sehingga tahun 2024.

Selain AO Tennis, Big Ant Studios juga mengeluarkan permainan seperti Tennis World Tour 2, Cricket 19, dan Rugby League Live 4.

Sohor Kini