Kejohanan Mobile Legends M2 World Championship yang berlangsung di Singapura akhirnya menutup tirai semalam dan Bren Esports pasukan dari Filipina telah dinobatkan sebagai juara mengalahkan Burmese Ghouls dari Myanmar dengan pertarungan sengit yang berakhir dengan kiraan markah 4-3.

Burmese Ghouls yang merupakan juara untuk kumpulan A telah mengalahkan Bren Esports iaitu juara kumpulan B pada pusingan pertama playoff yang memaksa Bren Esports untuk melalui lower bracket di mana mereka mengalahkan Todak, Alter Ego Esports dan RRQ Hoshi untuk berjumpa semula di peringkat akhir.

Selalu juara Bren Esports telah membawa pulang hadiah tunai sebanyak $120 ribu (~RM485 ribu) daripada $300 ribu untuk hadiah terkumpul kejohanan ini. Salah seorang pemain mereka iaitu Karltzy pula telah memenangi pemain terbaik peringkat akhir dan membawa hadiah tunai $3 ribu.

Pasukan tunggal dari Malaysia iaitu Todak pula telah tewas di pusingan kedua untuk playoff bagi lower bracket, iaitu tewas kepada Bren Esports selepas mendapat tempat kedua di peringkat kumpulan dan mengalahkan Evos SG di pusingan pertama playoff.

Sohor Kini