Skip to main content

Selepas menerima treler acah sebelum ini, Warner Bros dan Legendary Pictures akhirnya berkongsi treler penuh untuk Godzilla vs Kong iaitu filem seterusnya dan kemuncak untuk siri MonsterVerse. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Di dalam video tersebut, diperkatakan yang sekumpulan manusia telah membawa Kong dari Skull Island untuk menghalang sesuatu yang akan datang. Sesuatu tersebut mungkin membawa maksud kepada Godzilla ataupun tidak, namun Godzilla turut hadir dan dia nampaknya di dalam keadaan yang sangat marah dan menyerang apa sahaja yang berhampiran.

Mereka juga ada bercakap mengenai peperangan di zaman silam di antara raksasa-raksasa di mana Godzilla dan Kong menjadi dua raksasa yang masih kekal. Godzilla vs Kong merupakan filem keempat di dalam MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong: Skull Island (2017) dan Godzilla: King of the Monsters (2019).

Godzilla vs Kong akan tiba pada 26 Mac ini di pawagam dan juga melalui HBO Max untuk sebulan pertama. Legendary Pictures sebelum ini cuba menjual hak siaran kepada Netflix dengan nilai RM800 juta, tetapi telah disekat oleh Warner Bros yang juga mempunyai pelaburan di dalam filem ini.

Leave a Reply