CD Projekt Red telah melancarkan kemaskini 1.1 hari ini iaitu beberapa minggu selepas kemaskini 1.06, ia boleh dikatakan antara kemaskini utama yang akan tiba untuk permainan tersebut dan akan menyediakan permainan untuk kemaksini utama seterusnya iaitu 1.2 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Perkara utama yang dipertingkatkan melalui kemaskini ini adalah penggunaan memori yang lebih untuk pelbagai aktiviti yang berlaku di dalam permainan, ia akan memberikan prestasi yang lebih baik secara keseluruhan. Ia juga telah mengurangkan pelbagai masalah seperti crash yang berlaku terutama untuk konsol PS4 biasa. Ia juga telah menyelesaikan pepijat untuk pelbagai misi. Anda boleh baca nota tampalan penuh melalui pautan ini.

Walaupun ini adalah kemaskini utama, akan tetapi tampaknya ia tidak lagi kemaskini yang akan membawa Cyberpunk 2077 kembali ke PS Store kerana buat masa ini CDPR ataupun PlayStation masih tidak mengumumkan ia akan kembali.

Cyberpunk 2077 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Sohor Kini