Team 17 telah mengumumkan yang mereka mengambil-alih sepenuhnya permainan Golf with Your Friends daripada Blacklight Interactive dengan pembayaran sebanyak £9 juta dan £3 juta lagi akan dibayar secara bulanan selama 12 bulan.

Golf with Your Friend sebelum ini dibangunkan oleh Blaclight Interactive dan diterbitkan oleh Team 17 untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada tahun lepas. Ia merupakan permainan simulasi golf yang menyokong sesi multi-pemain sehingga 12 pemain.

Team 17 mengatakan yang selepas pengambil-alihan ini mereka akan mengembangkan lagi permainan tersebut antaranya adalah ia mungkin menerima DLC tambahan ataupun permainan susulan.

Sohor Kini