Skip to main content

Ubisoft hari ini telah mengumumkan bukan satu tetapi dua acara rentas siri untuk permainan mereka dengan siri Netflix Blood of Zeus dan juga permainan Resident Evil bersempena sambutan ulang tahun ke-25 bagi siri oleh Capcom tersebut.

Bagi siri animasi Blood of Zeus, ia adalah bersama dengan permainan Immortals Fenyx Rising. Bermula sekarang sehingga 28 Januari, pemain berpeluang untuk melakukan misi ‘A Tribute to Family’ yang akan memerlukan pemain bertempur dengan dua ‘tuhan’ dari siri animasi tersebut.

Menyelesaikan misi tersebut akan memberikan pemain loket Burung Helang dan juga barangan kosmestik berdasarkan Blood of Zeus. Pemain juga berpeluang untuk membeli senjata berdasarkan siri tersebut. Ia masih boleh dibeli walaupun acara ini sudah tamat.

Immortals Fenyx Rising sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini; Ulasan Immortals Fenyx Rising – Permainan Dunia Terbuka Terbaik Oleh Ubisoft Sejak Black Flag.

Manakala bagi Resident Evil pula ia adalah bersama dengan permainan The Division 2. Bermula 2 Februari, pemain boleh dapatkan peti Resident Evil yang mengandungi barangan kosmestik seperti kostum, hiasan senjata dan pelbagai lagi bertemakan Resident Evil.

Semua pemain yang log masuk semasa acara ini bermula juga akan mendapat kostum Leon Kennedy RPD. Acara ini adalah sehingga 15 Februari.

The Division 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan The Division 2 – Permainan Looter Shooter Yang Sangat Baik.

Leave a Reply