Pada awal hari ini, kami melaporkan yang MGM telah mengumumkan tarikh tayangan baharu untuk James Bond No Time to Die iaitu pada 8 Oktober tahun ini. Selepas pengumuman tersebut, Sony pula menunda filem mereka bersama Marvel iaitu Morbius ke 21 Januari 2022 berbanding dikeluarkan bersama dengan No Time to Die.

Namun, ia bukan satu-satunya filem Sony Pictures yang menerima tarikh baharu, sebaliknya mereka telah mengumumkan terdapat beberapa filem lagi yang menerima tarikh tayangan baharu. Ia adalah seperti berikut, tarikh asal dalam kurungan;

  • Cinderella – 16 Julai 2021 (5 Februari 2021)
  • Peter Rabbit 2: The Runaway – 11 Jun 2021 (2 April 2021)
  • Ghostbusters: Afterlife – 11 November 2021 (11 Jun 2021)
  • Morbius – 21 Januari 2022 (8 Oktober 2021)
  • Uncharted – 11 Februari 2022 (16 Julai 2021)

Seperti apa yang berlaku pada tahun lepas, penerbit filem cuba mengeluarkan pada lewat tahun dengan harapan keadaan pandemik Covid-19 menjadi bertambah baik pada waktu itu, jika tidak berkemungkinan filem-filem ini di bawah ke tahun hadapan ataupun akan tiba di perkhidmatan penstriman.

Sohor Kini