Burger King Tawar 1 PlayStation 5 Seminggu Selama 5 Minggu

PlayStation 5 boleh dikatakan sebagai satu konsol yang masih lagi menjadi permintaan ramai untuk dibeli. Semasa sesi pra-tempah buat kali kedua di Malaysia awal bulan ini, ia tidak mengambil masa yang lama untuk habis terjual di semua tempat.

Mengambil peluang tersebut, Burger King Malaysia telah mengumumkan yang mereka menganjurkan satu pertandingan yang akan memberi peluang kepada peserta untuk memenangi 1 PlayStation 5 setiap minggu dan kejohanan ini akan berlangsung selama 5 minggu.

Untuk menyertainya anda hanya perlu membuat pembelian set penuh Pepper King saiz besar, memuat naik gambar ke Facebook atau Instagram dan isi borang yang disediakan. Jika anda rasa bertuah, yang terlepas untuk menyertainya. Anda boleh baca syarat dan terma penuh di pautan ini.

Namun, persoalan bagi kami, bagaimana Burger King berjaya mendapatkan 5 konsol PlayStation 5?

Sohor Kini