505 Games telah mengumumkan yang Puzzle Quest 3 sedang dibangunkan dan akan dikeluarkan pada tahun ini sebagai permainan mudah alih dan juga untuk PC, ia juga akan tiba untuk platform lain di masa hadapan. Mereka juga mengumumkan yang ia akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan.

Puzzle Quest merupakan siri permainan tekaria padanan warna yang juga menyertakan elemen RPG. Ia adalah siri yang dibangunkan oleh Infinity Plus Two iaitu studio pembangun yang 505 Games baru sahaja ambil alih sebelum ini.

Puzzle Quest 3 akan berlaku 500 tahun selepas kejadian di dalam permainan pertama Puzzle Quest di mana pemain akan mengembara di Etheria untuk mengetahui mengenai misteri ucapan terakhir Red Dragon. Mereka juga menjanjikan pelbagai mekanik baharu yang akan menjadikan permainan ini lebih menarik.

Mereka juga mengatakan yang sedang mencari penerbit yang ingin bekerjasama untuk membawa permainan ini ke Asia Tenggara.

Sohor Kini