Riot Games telah mengumumkan yang kejohanan League of Legend Pacific Championship Series (PCS) bagi Spring Split yang sepatutnya bermula pada 5 Februari telah ditunda ke 19 Februari 2021.

Sebab yang dinyatakan adalah kerana pandemik Covid-19 yang kembali memperlihatkan peningkatan baru-baru ini telah menyebabkan perlakuannya kawalan pergerakan dan juga halangan perjalanan keluar dan juga masuk.

PCS merupakan kejohanan League of Legends khusus untuk pasukan daripada Taiwan, Hong Kong, Macau dan Asia Tenggara. Wakil dari Malaysia adalah Berjaya Dragons, walaupun kebanyakan pemain berasal dari Taiwan.

Sohor Kini