Jika semalam Fortnite telah menawarkan kostum Predator untuk pemilik Battle Pass, hari ini mereka mengumumkan kostum dari siri Terminator pula iaitu T-800 dan Sarah Connor. T-800 di dalam ini adalah rangka sahaja dan bukan Arnold Schwarzenegger.

Berbeza dengan Predator, kedua-dua kostum ini boleh didapati oleh kesemua pemain melalui pembelian secara teru di kedai dalam permainan. Selain kostum ia juga menyertakan Endoskeleton Arm Back Bling dan Combat Knife untuk T-800 dan HK Sky Net Uplink Back Bling dan Techno-Grip Axe untuk Sarah Connor.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini