Galactic Civilizations III Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Kami berharap anda tidak terlepas untuk mendapatkan Star Wars Battlefront II secara percuma yang berakhir semalam, di mana Epic Games Store menggantikannya pula dengan permainan Galactic Civilizations III bermula hari ini sehingga 29 Januari 2021.

Galactic Civilizations III merupakan permainan 4X strategi mengikut turutan yang berlaku di angkasa lepas. Seperti mana permainan 4X lain anda perlu mengembangkan empayar serta bertempur dan memusnahkan empayar lain. Ia dibangunkan oleh Stardock dan telah dikeluarkan untuk PC sejak tahun 2015.

Selepas tawaran Galactic Civilizations III ia akan diganti pula dengan satu permainan lain iaitu Dandara: Trials of Fear Edition.

Sohor Kini